Sabtu, 6 November 2010



raya haji di Pulai Platform 2008

Sabtu, 17 Julai 2010

Dah buleh balik rumah....

30 jun 2010....Shafiq dibenarkan balik ke rumah..tapi dengan perhatian rapi dari keluarga.dan bulan depan 28/july kena buat follow up treatment pulak kat HSNZ.tengahari tu ada pihak HSNZ buat conference sikit nak bagi penerangan pada keluarga tentang penjagaan shafiq..sepu,eri,mok nab pun ada sama...
Semakin hari shafiq ada perubahan,..dia dah buleh berjalan perlahan2 tanpa bantuan sesiapa. makan dah buleh sendiri .tangan dah semakin kuat untuk memegang benda.cuma jari tangan kiri masih belum boleh digerakkan...ambe dok kije doh...jaga shafiq..tak tau sampai bila..selagi dia tak dapat uruskan diri sendiri selama itu lah ambe akan jaga dia..
Cikgu dan kawan2 ada datang ke rumah memberi semangat pada shafiq..ambe harap dia bersemangat dan akan berubah ke arah yang lebih baik dari dulu...
Exam SPM tahun ni terpaksa dilupakan..mintak pihak sekolah tangguh ke tahun depan..masuk kelas balik..Takaful insurans pun ambe dah hantar klaim..mintak2 dapat la..buleh buat belanja rawatan susulan shafiq.buat beli ubat dan apa2 aje yang dia mahu...

Sabtu, 3 Julai 2010

Accidental Shafiq

27 may 2010.. Ambe dlm perjalanan balik dari Melaka.sampai di Muazam Shah my wife call beritahu Shafiq accident motor kat bkt bauk.Ambe terus pecut kereta ke hospital Dungun.sampai kul 4 lebih.Doktor kata kena gi ke HKT sbb suspek patah tulang belakang...Hati ambe berdebar kuat...Ya Allah Maha Besar dugaan Mu kali ini..Namun walaupun apa terjadi ambe redho dengan ketentuan Mu Ya Allah.Ambe percaya ada hikmah di sebalik kejadian ini...

1700... ambulans bertolak ke HKT,ambe menyusul di belakang..Anak2 yang lagi 3 orang ambe tinggalkan pada mak mertua....Shafiq di masukkan ke wad 4EF.Result Xray belum keluar.Ambe gelisah tapi tenang.My wife tak senang duduk,sekali sekala airmata bergenang di matanya,makan pun tak lalu..kami bermalam di wad malam itu.

0800...28 may 2010.....result Xray keluar,doktor mengatakan Shafiq mengalami patah tulang leher di bahagian c5 dan c6 telah remuk dan menghimpit saraf tunjang yang mengakibatkan tangan dan kaki juga badan menjadi kebas.Shafiq mesti di bedah.......
Ambe bercelaru fikiran...ambe minta tempoh 1 minggu untuk berikhtiar cara lain.merata ambe pergi dapatkan air tawar dan jampi di mana saja yang diberitahu.Solat hajat berterusan ambe lakukan,namun Allah tidak mengizinkan.Ambe pasrah namun terus berdoa dan berdoa agar Allah memakbulkan supaya Shafiq tidak perlu menjalani pembedahan.Ambe bertanya pendapat Dr Rohaida (anak saudara),doktor doktor pakar juga,mereka menyarankan lebih baik buat pembedahan untuk mengelakkan saraf tunjang lebih tertekan dan membengkak....Saudara mara dan kawan kawan tak putus putus datang melawat.Ada yang menitiskan airmata melihatkan Shafiq dalam keadaan macam tu..

03 jun 2010...Skull traction dan pemberat seberat 3kg dipasang di kepala Shafiq untuk meregangkan tulang leher ...makin sayu hati melihatkan Shafiq berkeadaan macam tu.My wife terus sugul dan menangis.Ambe sentiasa menenangkannya agar tak terus begitu.Doktor beritahu kos implant yang akan dipasang di leher Shafiq Rm9350...Ya Allah mana ambe nak cari wang sebanyak itu dalam masa terdekat..Ambe buntu..............

Jabatan Kerja Sosial menawarkan bantuan menanggung kos alat pembedahan Shafiq yang bernilai Rm9350..Siap borang diisi,ambe serahkan pada JKS.Encik Yusri ambil kes Shafiq.Diklasifikasi sebagai kes URGENT...Kebetulan abang Zul dan Kak Da ada kenal orang jabatan kesihatan dan dengan pertolongan mereka permohonan bantuan diluluskan dalam masa 1 minggu...Alhamdulillah...terimakasih Abg Zul dan Kak Da

Setelah lakukan solat istikarah,ambe akur dengan petunjuk Allah dan mengambil keputusan bersetuju Shafiq dibedah.Sepatutnya Shafiq dibedah pada 14 jun,tapi disebabkan ada jangkitan kuman pada pundi kencing,pembedahan ditangguh...My wife semakin risau,semakin kurang bercakap dengan ambe..Ambe pun jadi risau..berkat sabar kami dapat mengatasi keadaan itu...

0815 ...17 jun 2010...Ambe tak ada pilihan lain....Shafiq dibawa ke dewan bedah...Dr Ahmad Tajudin selaku ketua pakar bedah tulang belakang akan mengetuai operasi..Kami menunggu di luar sambil berdoa dan terus berdoa agar Allah selamatkan Shafiq..Ambe jadi tak keruan,tak senang duduk..namun sabar menjadi senjata ambe di saat ini...Doa dan zikir tak lekang di bibir kami..

1240..Kami dipanggil oleh Dr Ahmad Tajudin...hati berdebar...Alhamdulillah ambe bersyukur padaMu Ya Allah....setelah diberitahu yang Shafiq selamat menjalani pembedahan dan masih berada di bilik pemulihan...

1500...Shafiq dipindahkan semula ke wad 4EF,namun masih dalam keadaan lemah tapi stabil...Shafiq tidur beberapa jam..

1800...Shafiq sedar.dari tidur dan mula minum susu.dia mengadu sakit di kerongkong kerana kesan dari kemasukan tiub oksigen...buat beberapa hari Shafiq hanya makan bubur dan susu...

Kaki dan tangan Shafiq dah semakin menunjukkan kemajuan untuk bergerak...kaki dan tangan dan boleh diangkat,cuma jari tak boleh bergerak dan memerlukan teraphi berterusan...

1500...30 jun 2010...Shafiq dibenarkan keluar wad dan balik ke rumah..Hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya hati ini...Sinar kegembiraan jelas terpancar di wajah Shafiq...





Sabtu, 1 Mei 2010






Trip Family Day Kat Pulau Kapas

Rabu, 23 September 2009

Salam 'idul fitri

Selamat menyambut Hari Raya 'Idul Fitri buat semua rakyat Malaysia.
Terlanjur kata,tersalah catatan,tersinggung fikiran,dan bermacam macam terrrr...lagi,saya mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon jutaan kemaafan dari hujung rambut ke hujung kaki kepada anda semua.
Semoga 'idul fitri kali ini membawa erti yang bermakna dalam kehidupan kita.
Yang keruh dijernihkan,yang kusut dileraikan,yang jauh didekatkan.Bersama kita eratkan tali silaturrahim sesama kita.
Di hari yang mulia ini,bergembira kita menyambut hari raya jangan kita lupakan kepada mereka yang kurang bernasib baik ...bantu membantu sesama kita adalah amalan mulia.

Sabtu, 28 Februari 2009

KekuasaanAllah


Riak tsunami



Batang pohon kalimat Allah



Kalimat Allah di bumi Afrika













Batu terapung
















Batu sujud

















Bulan terbelah
















Api bertulis kalimat Allah
















Masjidilharam berkilau

Ahad, 14 Disember 2008