Sabtu, 17 Julai 2010

Dah buleh balik rumah....

30 jun 2010....Shafiq dibenarkan balik ke rumah..tapi dengan perhatian rapi dari keluarga.dan bulan depan 28/july kena buat follow up treatment pulak kat HSNZ.tengahari tu ada pihak HSNZ buat conference sikit nak bagi penerangan pada keluarga tentang penjagaan shafiq..sepu,eri,mok nab pun ada sama...
Semakin hari shafiq ada perubahan,..dia dah buleh berjalan perlahan2 tanpa bantuan sesiapa. makan dah buleh sendiri .tangan dah semakin kuat untuk memegang benda.cuma jari tangan kiri masih belum boleh digerakkan...ambe dok kije doh...jaga shafiq..tak tau sampai bila..selagi dia tak dapat uruskan diri sendiri selama itu lah ambe akan jaga dia..
Cikgu dan kawan2 ada datang ke rumah memberi semangat pada shafiq..ambe harap dia bersemangat dan akan berubah ke arah yang lebih baik dari dulu...
Exam SPM tahun ni terpaksa dilupakan..mintak pihak sekolah tangguh ke tahun depan..masuk kelas balik..Takaful insurans pun ambe dah hantar klaim..mintak2 dapat la..buleh buat belanja rawatan susulan shafiq.buat beli ubat dan apa2 aje yang dia mahu...

Tiada ulasan: